Berita
Sebelum Bergelar Juri, Oki Setiana Dewi Tonton Video Peserta GGV di YouTube
Pelakon ternama Indonesia, Oki Setiana Dewi melakukan kajian terlebih dahulu terhadap peserta Gema Gegar Vaganza (GGV) sebelum duduk di kerusi juri tetap.
"Ada kumpulan nasyid yang menyertai GGV memang sudah terkenal di kalangan komuniti Muslim Indonesia. Ada juga peserta lain yang saya baru kenal.
"Sebelum bertugas sebagai juri, saya telah terlebih dahulu melakukan carian di laman YouTube untuk menonton persembahan mereka. Semuanya saya lakukan sebagai persediaan untuk menjadi seorang juri," kata Oki kepada Astro Gempak.
Gembira dengan persembahan peserta GGV di minggu pertama, Oki mahu melihat mereka memberikan kelainan di minggu kedua.
"Mereka diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu sendiri sebagai salam perkenalan untuk konsert minggu pertama GGV. Sudah pastinya mereka sangat selesa menyanyikan lagu tersebut.
"Untuk minggu kedua, saya menantikan sesuatu yang baru. Saya mahu melihat mereka menyampaikan sesuatu yang segar dan bagaimana mereka melunaskan cabaran lagu yang diberikan," katanya lagi.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Untuk lebih info mengenai program ini dan menonton video-video persembahan peserta, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video