Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Seksi Itu Subjektif, Ramai Juga Kata Gaun Saya Cantik" - Maya Karin Komen Isu Gaun Strapless AME2018

Amri Hassan
23/04/2018 06:38 MYT
Pelakon Maya Karin akhirnya membuka mulut menjawab dakwaan segelintir peminat yang menyifatkan gaun strapless yang disarungnya pada Anugerah MeleTOP Era (AME2018) baru-baru ini terlalu seksi.

Kata Maya, gaun ala berkemban itu dipilih pada saat akhir memandangkan dia baru pulang dari bercuti.

"Sebenarnya saya baru kembali dari bercuti bersama keluarga di Legoland dan Pulau Tioman sebelum ini.

"Jadi, saya meminta bantuan daripada Fizi Woo yang kemudiannya menyediakan dua pasang baju untuk dipilih.

"Satu gaun menutup semua anggota tubuh sampai ke leher tetapi terlalu labuh dan tidak mengikut bentuk badan.

"Akhirnya saya memilih gaun yang satu lagi dan agak seksi kerana tiada pilihan lain," katanya memetik laporan Harian Metro.

Maya akui dia menerima pelbagai komen daripada pengikutnya di media sosial berhubung pilihan busananya untuk AME2018.

"Bagi saya perkara biasa bila ada orang suka apa yang kita pakai atau sebaliknya. Seksi itu subjektif.

"Ramai juga yang beri komen gaun yang saya pakai itu cantik," katanya.

Sumber: Harian Metro
Susunan oleh: Amri Hassan
Foto: @maya_karin
#Maya Karin #Fizi Woo #AME2018