Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selepas 10 Tahun Akhirnya PD Utama Running Man Jung Chul Min Undur Diri

Mya Amri
09/02/2020 10:30 MYT
Pengarah penerbitan utama Running Man, Jung Chul Min memutuskan untuk mengundur diri daripada program terkenal berkenaan.

Keputusan itu dilakukan Chul Min selepas 10 tahun bersama dengan Running Man.

Berita itu disahkan sendiri oleh pihak penyiaran Running Man, Special Broadcasting Service (SBS).

“Jung Chul Min bakal menjalankan penggambaran terakhirnya bersama Running Man pada 18 Februari. Running Man kemudiannya akan diambil alih oleh Producing Director (PD) yang baru, Choi Bo Pil,” jelas wakil SBS.


Terdahulu, Chul Min telah terlibat dengan Running Man sejak menyertai SBS pada tahun 2010.

Dia kemudiannya dipilih menjadi PD utama Running Man pada tahun 2017 sehingga kini.

Untuk rekod, Running Man telah memulakan siarannya sejak Julai 2010 dengan anggota asal iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kang Gary dan Song Joong Ki.
#Running Man #Running Man
;