Berita
Sertai Gema GegarVaganza, Bienda Tak Kisah Komen Negatif Netizen
Bekas peserta Gema Gegar Vaganza (GGV), Bienda akui tidak mempunyai masalah dengan komen-komen negatif yang diberikan oleh netizen asalkan tidak melampau.
Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 31, menyifat perkara itu sebagai cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar selebriti.
“Orang tidak akan berhenti mencari kesalahan walaupun kita tak buat apa-apa, lebih-lebih lagi untuk artis yang bertudung.
“Saya akui memang akan risau dari segi pemakaian kerana tidak mahu kritikan yang diberikan kepada saya itu nanti akan memberikan tempias kepada ibu saya.
“Saya memang sorang yang sangat ‘protective’ terhadap ibu dan kalau boleh saya mahu menjaga hatinya. Dia merupakan segala-galanya bagi saya.
“Memang saya sedia maklum tindakan netizen kadang-kadang di luar kawalan dan bagi saya senang sahaja. Kalau rasa perkara itu boleh menganggu, jadi tak perlu nak baca komen-komen tersebut.
“Bagi saya, tak kisahlah nak kata apa asalkan komen-komen itu tidak melampau,” katanya kepada Astro Gempak.
Bienda merupakan peserta pertama yang tersingkir meninggalkan sembilan bintang lain yang masih bertanding dalam GGV.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video