Skip to main content

Selebriti

Siti Nurhaliza Titip Kata-Kata Semangat, Anggap Haziq Rosebi Pemenang Irama Tradisional Sebenar - “Adik Adalah Satu-Satunya…”

Siti Nurhaliza Titip Kata-Kata Semangat, Anggap Haziq Rosebi Pemenang Irama Tradisional Sebenar - “Adik Adalah Satu-Satunya…”

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi kata semangat kepada Haziq Rosebi selepas lagu Nurlela tewas kepada lagu Siti, Pesanan Buat Diri, dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik di AIM25.
  • Siti memuji semangat dan dedikasi Haziq dalam memperjuangkan irama tradisional sebagai contoh yang patut dihargai ramai.
  • Siti berharap kolaborasi mereka dalam konsert Gema Bumantara pada 17 Oktober nanti akan memberikan persembahan yang luar biasa dan memberi impak kepada penonton.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi, Haziq Rosebi selepas lagunya, Nurlela tewas dengan lagu Siti iaitu Pesanan Buat Diri bagi kategori Lagu Tradisional Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM25) yang berlangsung pada malam Sabtu. 

Menerusi perkongsian di Threads, Siti berkata meskipun keputusan kategori AIM25 itu berpihak kepadanya, namun dia tetap menggangap Haziq merupakan pemenang yang sebenar bagi anugerah tersebut.

Advertisement

Menurutnya, semangat dan dedikasi Haziq terhadap irama tradisional wajar menjadi contoh dan meraih pujian ramai.

“Wahai adikku. Adik adalah satu-satunya pemenang penyanyi lelaki irama tradisional dengan bergaya sebab semangat perjuangan irama tradisional yang adik perjuangkan tiada tandingannya,”tulisnya.

Dalam masa sama, Siti turut berharap agar kolabrasi bersama Haziq ketika konsert Gema Bumantara yang akan berlangsung pada 17 Oktober nanti akan menyajikan persembahan yang luar biasa dan memberi kesan kepada orang ramai.

Advertisement

“Semoga kolabrasi konsert Gema Bumantara nanti memberikan impak yang luar biasa,”katanya.

Sebelum ini, Haziq menerusi lagu Nurlela turut tercalon dalam Top 5 AIM25, bersama empat lagi lagu nyanyian Siti iaitu Kesuma, Rencong, Hujung Bumi dan Pesanan Buat Diri.



 

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement