Berita

Suka Nampak Cantik & Rajin Berfesyen Bukan Untuk Menunjuk – Haida Hafiz

gempak
Mya Amri
24/11/2017
08:05 MYT
Sponsor Banner
Suka Nampak Cantik & Rajin Berfesyen Bukan Untuk Menunjuk – Haida Hafiz
Bekas bintang Gegaraganza 4 (GV 4), Haida Hafiz akui sangat mementingkan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik dan kemas.
Haida, 36, berkata dia begitu gemar menjaga kecantikan dan imejnya dari hujung rambut ke hujung kaki kerana memberikan keselesaan buat dirinya.
“Saya ‘simple’ sahaja orangnya cuma saya memang suka tengok benda-benda yang cantik. Sama ada barang atau pun orang pasti saya akan rasa terpegun.
“Kalau di luar pun saya memang begini, bukan hanya ketika ada persembahan atau pun ‘rehearsel’ sahaja.
A post shared by ?haidahafiz? (@haidahafiz) on
“Bagi saya kecantikan dan penampilan itu penting kerana memberi keselesaan serta keyakinan untuk diri saya.
“Bukan kerana ingin menunjuk tapi itu adalah diri saya. Ramai yang kata saya berubah bila mereka lihat penampilan saya.
“Sebenarnya saya rasa sejak dulu lagi dah berubah cuma orang yang tak perasan kerana saya tak pernah diberi peluang untuk ke depan.
“Tapi saya bersyukur selepas masuk GV 4, secara perlahan-lahan orang dah mula kenal saya,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Haida merupakan bintang ketiga yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 53.2%
Haida telah menyampaikan lagu Memori Daun Pisang duet bersama Ezad Lazim.
BACA: SEMBILAN BINTANG MARA KE MINGGU KELIMA, INI SENARAI MARKAH PENUH:
BACA: GV 4: ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT KEEMPAT
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Foto: IG @sethandluna_studio
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar