Berita

Tak Sanggup Tinggalkan Anak, Ummi Nazeera Bawa Sekali Pergi Kerja

gempak
Syafiqah Jalal
15/10/2018
05:39 MYT
Sponsor Banner
Tak Sanggup Tinggalkan Anak, Ummi Nazeera Bawa Sekali Pergi Kerja
Kurang dua bulan melahirkan puteri sulungnya, Ayra Aneesah, pelakon Ummi Nazeera sudah kembali bekerja.
Ummi yang bakal muncul dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) itu kini sedang mempromosikan filem tersebut sebelum mula ditayangkan pada 25 Oktober ini.
Pelakon utama filem tersebut baru-baru ini membawa anaknya bersama untuk tayangan awal GG2 di Johor Bahru, Johor.
Ummi berkata dia tidak sanggup hendak meninggalkan anaknya dan terpaksa membawanya sekali.
“Bila mummy nak pergi Johor untuk GG2 tapi tak boleh tinggal baby Ayra Aneesah, so kita bawaaaaa satu kampung lol,” tulisnya.
Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Tayangan awal GG2 eksklusif untuk warga Johor itu telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober lalu.
Bukan sahaja dapat menonton GG2 lebih awal, malah penonton yang membeli tiket juga dapat berjumpa dengan pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi serta Jad Hidir dan pengarahnya, Umie Omar.
GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.
Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.
Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.
Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live