Skip to main content

Selebriti

Terima Kecaman ‘Back-To-Back’, Aisha Retno Mahu Perlahankan Aktiviti Di Media Sosial - “Saya Sedang Berkurung Untuk…”

Terima Kecaman ‘Back-To-Back’, Aisha Retno Mahu Perlahankan Aktiviti Di Media Sosial - “Saya Sedang Berkurung Untuk…”

Sekilas

  • Aisha Retno menerima kritikan terhadap album (RE.HAB) yang memenangi Album Terbaik di AIM25 dengan hati terbuka walaupun mengakui rasa tidak yakin.
  • Album tersebut dianggap sebagai kelahiran semula dirinya selepas menghadapi cabaran peribadi beberapa tahun lalu.
  • Aisha kini mengurangkan aktiviti sosial di media sosial untuk fokus mencari semula diri dan teruskan kerjaya muziknya.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno tampil memberi respons susulan ketidakpuasan hati segelintir pihak mengenai kejayaan albumnya iaitu (RE.HAB) yang memenangi kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM25).

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam berkata dia menerima segala pandangan dan kecaman dengan hati yang terbuka, meskipun mengakui dirinya berasa ‘insecure’ dengan album tersebut.

Advertisement

Menurutnya, album tersebut merupakan kelahiran baharu dirinya selepas berdepan pelbagai pahit gentir kehidupan beberapa tahun lepas.

“Saya terima dengan segala pendapat dengan hati terbuka. Tahun ini saya terlibat dengan pelbagai peranan seperti penyanyi, juri dan pelakon teater. Banyak perkara yang terjadi dalam satu masa tahun ini dan dibaluti dengan segala kecaman kiri dan kanan. 

“Saya ambil masa yang cukup lama berdasarkan kisah sebenar diri saya. Saya hadapi sesi rehab diri sendiri kerana kejadian 2 3 tahun lepas yang kalian tahu telah membawa nama buruk kepada saya. Album ini adalah kelahiran semula. 

Advertisement

“Saya berterima kasih kepada juri. Mungkin ada juga yang belum mendengarkan album ini. Mengenai kriteria, saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab kerana semuanya sudah pun ada rules and regulations,”katanya kepada Gempak.

Aisha berkata demikian ketika ditemui di majlis tahlil Tun Hasmah yang berlangsung di Musollah Aisha, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam masa sama, Aisha mengakui dirinya kini sedang berdepan pelbagai kecaman dari pelbagai arah secara berterusan sehingga dia tidak sempat untuk berfikir dan membuat sebarang tindakan.

“Sebenarnya, sejak tahun ini kerja saya terlampau back-to-back dengan kata-kata orang sama ada baik ataupun buruk. Dari saya jadi juri, muncul di KL Fashion Week, isu fesyen kereta api sarong. Kemudian tak habis lagi isu ini, datang pula isu Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Saya pun tak sempat nak hadap. Jadi, saya biarkan ia berlalu, Mungkin ini adalah training field untuk saya membiasakan diri. Ia sentiasa berlaku di isu yang berbeza. Biar masa yang meredakan segalanya. Yang penting saya berada di aras tanda yang benar dan masih ada penasihat serta orang-orang di sekeliling kita yang selalu menasihati kita,”ujarnya.

Pelantun lagu Tak Adil itu bagaimanapun menghargai kerisauan orang ramai terhadap dirinya, selain memilih untuk memperlahankan aktiviti bersosial di alam maya.

“Kita kena jalan terus demi muzik. Saya sebenarnya seorang yang overthinker.  Saya teliti dengan apa yang orang berkata kepada saya. Namun, kalau adalah orang yang sama berkata saya sangat gembira kerana itu bermakud orang itu sedang meneliti saya dan dia nampak kewujudan saya dalam industri muzik.  Ramai yang kisah tentang rupa saya dan bagaimana saya membawa diri saya di dalam industri. Jadi, saya ambil yang baiknya. 

“Mungkin mereka nak saya jadi lebih baik dalam muzik, fesyen dan sebagainya. Tetapi, pada akhirnya ia dah jadi trademark yang saya dah karang. Selepas bertahun-tahun, saya dah berada di titik di mana saya sekarang. Jika orang tak terima, kita ambil yang baik. 

“Secara sosial, saya memang kebelakangan ini terpaksa hold back sedikit sebab saya memang tiada masa sangat untuk nak muat naik gambar atau membalas komen orang. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki mengalir seperti air. Kalau nak berbual ke apa, buat masa sekarang saya kurangkan sedikit. Bila tiba masanya, saya akan kembali. Tetapi untuk sekarang, saya sedang berkurung untuk mencari semula diri saya,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement