,
berita

Terkehel Di Pergelangan Tangan, Shahrol Shiro Abai Rasa Sakit Demi Peminat Super Spontan

Kamaruddin Razal
09/09/2017
03:48 MYT
Bintang Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017), Shahrol Shiro mengabaikan rasa sakit yang dialami di pergelangan tangan demi peminat.
Mengalami kecederaan sewaktu sesi latihan SSS2017, Shahrol enggan memikirkan mengenai perkara tersebut kerana mahu memberikan fokus untuk melakukan yang terbaik.
“Tangan saya terkehel sewaktu sesi latihan SSS2017. Rasa sakit itu cuma sedikit sahaja. Lagipun, saya tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara tersebut.
“Apa yang penting saya fokus dan memberikan yang terbaik untuk peminat yang menantikan kemunculan saya dalam program SSS2017. Sudah lama saya tidak muncul dalam program sebegini,” kata Shahrol kepada Astro Gempak.
Kali terakhir terlibat sebagai peserta dalam siri francais Super Spontan pada dua tahun lalu, jejaka kelahiran Johor ini teruja untuk kembali memberikan saingan.
“Perasaan itu berbeza. Sudah dua tahun saya berehat, jadi sudah tiba masanya untuk saya kembali ke pentas ini.
“Saya teruja untuk beraksi setiap minggu dalam SSS2017. Banyak permainan baru yang saya belum pernah saya cuba. Semestinya saya akan memberikan persembahan yang terbaik,” katanya lagi.
Dalam SSS2017, Shahrol menyertai kumpulan Tenggiling Taiko yang diketuai oleh Achey Bochey. Kumpulan itu turut dianggotai oleh Rahim Sepahtu, Sharif Zero, Mamak Puteh, Danial Zaini, Sharifah Shahira dan Ozlynn.
Kumpulan King Musang pula dianggotai oleh Shuib Sepahtu (ketua kumpulan), Shuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Amy Mastura dan Zulin Aziz.
Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shahrol Shiro Lucu, Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah - “Iqi Dah Siap Masuk Kelas Tapi Dia Pelik Padang Tak Sama”

gempak
14/03/2024
03:25 MYT
Selalu ragam anak kan, kali ni bapa pula.
Laman Utama

“Percaya Mimpi, Percaya Proses..” - Shahrol Imbau Memori Berhenti Kerja Kerajaan, Titip Pesan Buat Namie

gempak
25/09/2022
07:34 MYT
Sama-sama kejar impian.
Laman Utama

“Biarlah Jadi Kenangan…”- Bergaduh? Ini Komen Ajak Tentang Shahrol & Kumpulan Shiro

gempak
04/08/2022
08:44 MYT
Bergaduh? Ini Komen Ajak Tentang Shahrol & Kumpulan Shiro
Laman Utama

“Perlu Ke Nak 'Up' Isu Ni?”- Bangkitkan Isu Fizi Ali & DJ Lin, Ajak Minta Shahrol Shiro Tidak Melaga-Lagakan

gempak
03/08/2022
01:18 MYT
Bangkitkan Isu Fizi Ali & DJ Lin, Ajak Minta Shahrol Shiro Tidak Melaga-Lagakan
Laman Utama

“Mulut Penuh Ulser, Makan Susah, Badan Gatal” - Luluh Hati Anak Sakit, Isteri Shahrol Shiro Mohon Doa

gempak
31/07/2022
09:10 MYT
Luluh hati ibu lihat anak sakit. Semoga cepat sembuh.
Unitar