Skip to main content

Selebriti

"Threads Memang Untuk Umum...Jangan Koyak" - Wak Doyok

"Threads Memang Untuk Umum...Jangan Koyak" - Wak Doyok

Sekilas

  • Wak Doyok menegaskan media sosial adalah platform terbuka yang membolehkan orang ramai memberi komen, sama ada pujian atau kritikan, dan setiap individu perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk menghadapinya.
  • Beliau tidak melayan komen negatif secara beremosi dan memilih untuk membalas mesej negatif dengan baik sehingga berjaya menjalin persahabatan dengan pengkritik tersebut.
  • Wak Doyok juga berkongsi bahawa beliau membantu orang yang susah dengan memberi peluang dan panduan untuk berniaga, serta hanya menyekat komen yang keterlaluan dan maki hamun sahaja.
Advertisement

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok berkongsi bahawa media sosial merupakan platform terbuka yang memberi ruang kepada orang ramai untuk melontarkan pelbagai pandangan sama ada pujian mahupun kecaman.

Sudah lali berdepan kritikan, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata setiap individu perlu bersedia dari segi mental dan emosi sebelum aktif di media sosial.

Advertisement

“Threads memang media sosial untuk umum, maknanya tempat orang ramai boleh komen. Kita tak boleh nak sentap ataupun koyak. Kalau tak nak tak nak dikomen, boleh ‘hide’ ruangan komen. Jadi orang boleh ‘like’ sahaja.

“Tapi bagi saya kita kena ada interaksi juga dan komen itu boleh membetulkan keperibadian kita. Macam saya dah biasa kena kena hentam. Dah kalis sebab dari dulu lagi. Dah 15 atau 20 tahun. Saya tak dah hairan sebab yakin rezeki itu bukan manusia yang bagi. Rezeki tu Allah yang bagi. 

“Jadi kita terima dengan ikhlas, jangan koyak. Itu saja. Toksik itu semua orang toksik. Tapi macam mana nak buang toksik itu? Bagaimana penulisan kita tak bawa orang toksik masuk.  Kalau penulisan kita positif, positiflah.  Tapi kalau kita mengajar orang memfitnah, mengajar orang buat kejahatan, toksik akan datang. Itu saja,” katanya kepada Gempak.

Wak Doyok yang ditemui pada majlis Weekend Fete Al Aqsa Carpets di Al Aqsa Carpets pada Sabtu.

Menurutnya, dia tidak pernah melayan komen negatif secara beremosi kerana percaya kebanyakan individu yang mengkritik sebenarnya tidak mengenalinya secara peribadi.

“Saya biarkan sahaja. Sebab ‘haters’ ini, dia tak kenal kita. Dia nampak kita di media sosial dan kalau jumpa depan-depan, dia minta pengalaman apa yang kita ada. 

“Saya tak pernah kedekut berkongsi pengalaman. Saya kongsikan saja misalnya macam mana nak jadi orang yang boleh berjaya. 

“Saya boleh berkongsi perihal umum. Sebab yang mengangkat kita bukan diri kita, tapi masyarakat. Jadi kita kena respek pada masyarakat. Kalau kita sombong, tak ke mana. Jadi itulah yang saya buat selama ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Wak Doyok turut mendedahkan dia sering menerima pelbagai mesej negatif menerusi DM (direct message). 

Namun, dia memilih untuk membalas dengan baik sehingga akhirnya menjalinkan persahabatan dengan individu berkenaan.

“Banyak yang DM. Tapi pusing-pusing saya melayan. Saya balas balik, dan sembang dengan mereka. Satu demi satu saya balas, akhirnya jadi kawan. 

“Mereka ini semua bila kita bagi perhatian dan balas, esok boleh jadi kawan, dia akan sokong kita sebab kita berniaga jadi bila kita tak sokong dia, dia pun tak sokong kita.

“Ada juga yang susah dan saya bantu. Tapi bila saya bagi duit dekat dia, dia akan minta lagi. Jadi saya bagi jalan nak keluar dari kemiskinan. Macam mana nak cari duit. Saya ajak dia macam mana nak nak berniaga dan semua kena ada ruang dan peluang.

“Jadi kalau nampak ada orang tulis komen yang jahat-jahat, saya balas saja, tak ada masalah pun. Saya tak pernah padam. Cuma yang keterlaluan saja, yang maki-maki saja. Tapi saya tak block. Saya hadkan saja supaya dia tak boleh komen pada hantaran saya,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Forest Seluar Dalam Lelaki | (3 Pcs) Forest Men Boxer 100% Cotton Underwear Assorted Colours - FUD0035X

Forest Seluar Dalam Lelaki | (3 Pcs) Forest Men Boxer 100% Cotton Underwear Assorted Colours - FUD0035X

Must Watch Video

Advertisement