berita
Tidak Mahu Dibayangi, Ailee Enggan Gunakan Gelaran Beyonce Korea
Penyanyi K-Pop Ailee akui tidak mahu orang ramai menggelarkannya sebagai Beyonce Korea.
Menurut Ailee, dia lebih selesa sekiranya dikenali sebagai dirinya sendiri.
“Pertama sekali, rasa sungguh berbesar hati untuk dipanggil dengan gelaran Beyonce Korea. Saya juga percaya gelaran itu merupakan satu pujian yang baik diri saya.
“Bukan kerana saya rasa terbeban dengan gelaran itu sebaliknya adalah lebih baik sekiranya saya dikenali dengan nama sendiri.
“Sejak digelar sebagai Beyonce Korea, mana sahaja saya pergi mereka memanggil saya dengan gelaran itu.
“Rasa seperti seolah-olah saya hidup dalam bayang-bayang orang lain. Jadi kalau boleh saya mahu mengikuti jalan saya sendiri tanpa dibayangai orang lain,” jelasnya.
Ailee berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan untuk program KBS Cool FM's 'Park Myung Soo's Radio Show' baru-baru ini.
Terdahulu, Ailee digelar Beyonce Korea kerana mempunyai yang sangat merdu dan mampu menyanyi lagu-lagu bernada tinggi sama seperti penyanyi antarabangsa tersebut.
Must-Watch Video