Berita
Tinggalkan Kejaya Sebagai Arkitek, Nizam Jentik-Jentik Mahu Fokus Dalam Bidang Seni
Peserta Super Spontan Xtravanganza (SSX) Nizam Jentik-Jentik bersedia untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang Arkitek untuk mengejar cita-cita sebagai penghibur.
Menurut Nizam, dia mahu mencabar dirinya untuk mencuba sesuatu yang baharu walaupun mengetahui bergelar anak seni bukannya perkara yang mudah.
"Saya sebenarnya masih memikirkan untuk fokus sepenuhnya pada bidang seni dan berhenti bergelar arkitek.
"Saya mahu mengetengahkan bakat dalam bidang seni walapun sudah bekerja sebagai arkitek salama 12 tahun.
"Tak salah jika saya mahu mengubah angin pula kerana sekarang ini saya sudah mendapat banyak tawaran untuk komedi, lakonan dan sebagai pengacara," katanya kepada Gempak.
Niezam hanya mampu bertahan hingga minggu kelima di SSX.
Sebelum Nizam, peserta yang telah tersingkir awal adalah Zara Zya, Anas Ridzuan dan Jaa Suzuran
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.
Must-Watch Video