Skip to main content

Viral

Trend Tudung Nampak Telinga & Leher Jadi Ikutan, Mufti Tegur Figura Awam

Trend Tudung Nampak Telinga & Leher Jadi Ikutan, Mufti Tegur Figura Awam

Sekilas

  • Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman, menegur trend pemakaian tudung yang menampakkan telinga dan leher serta tidak menutup dada dengan sempurna.
  • Beliau menekankan bahawa pemakaian tudung harus mematuhi tuntutan syarak dengan menutup rambut, telinga, leher, dan dada, bukan sekadar ikut fesyen semata-mata.
  • Mohd. Sukki juga mengingatkan artis dan pempengaruh supaya berhati-hati kerana imej mereka mudah diikuti dan boleh mempengaruhi pemahaman generasi muda tentang aurat.
Advertisement

Trend pemakaian tudung yang menampakkan bahagian telinga dan leher selain dililit ke belakang tengkuk mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman.

Menurut Mohd. Sukki, perubahan artis dan figura awam yang memilih untuk berhijab serta tampil dengan imej lebih sopan sememangnya sesuatu yang wajar dihargai.

Advertisement

Namun, beliau bimbang apabila sesetengah gaya bertudung yang tidak menutup aurat dengan sempurna mula menjadi trend dan diikuti golongan muda.

“Namun, terdapat gaya bertudung yang menjadi trend apabila tudung hanya diletakkan di kepala, tetapi bahagian telinga dan leher masih terdedah serta tak menutupi dada dengan sempurna.

“Lebih membimbangkan apabila gaya sebegini menjadi trend dan mula ditiru anak muda. Persoalan ini bukan semata-mata soal fesyen, sebaliknya berkaitan kefahaman masyarakat terhadap tuntutan menutup aurat,” katanya.

Advertisement

Mohd. Sukki menjelaskan bahawa pemakaian tudung bukan sekadar menutup bahagian rambut, sebaliknya terdapat tuntutan syarak yang perlu dijaga.

“Rambut, telinga dan leher termasuk bahagian aurat wanita yang perlu ditutup di hadapan lelaki ajnabi, manakala tudung hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi bahagian dada.

“Kita tidak pertikai kreativiti dalam berfesyen. Islam tidak menghalang seseorang tampil kemas, cantik dan mengikuti perkembangan semasa tetapi fesyen hendaklah tunduk kepada syariat, bukan syariat diubah untuk menyesuaikan diri dengan fesyen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan golongan artis dan pempengaruh supaya lebih berhati-hati dengan imej yang ditampilkan memandangkan mereka mempunyai pengaruh besar terhadap pengikut.

Katanya, sesuatu gaya yang sering diperlihatkan figura terkenal berpotensi dianggap normal dan kemudian dijadikan contoh oleh masyarakat.

“Apa sahaja yang dipakai, dilakukan dan dipaparkan oleh figura awam berpotensi menjadi ikutan ratusan ribu malah jutaan pengikut. Apabila seorang artis menggayakan tudung dengan cara tertentu, esok mungkin ribuan remaja mengikutinya.

“Apabila sesuatu gaya dilakukan berulang kali oleh ramai figura terkenal, lama-kelamaan ia boleh dianggap normal dan diterima sebagai gambaran pemakaian Muslimah yang menepati syariat,” katanya.

Mohd. Sukki pada masa sama menegaskan teguran daripada agamawan tidak sepatutnya dilihat sebagai usaha mencari kesalahan atau mencampuri kehidupan peribadi seseorang.

Sebaliknya, beliau berkata penjelasan perlu diberikan apabila sempadan antara trend fesyen dan tuntutan agama semakin kabur.

“Tugas agamawan bukan menghukum manusia tetapi menjelaskan sempadan agama apabila ia semakin kabur.

“Kita bimbang jika perkara yang tidak menepati tuntutan menutup aurat dibiar tanpa penjelasan, generasi muda akhirnya tidak lagi dapat membezakan antara ‘memakai tudung’ dengan ‘menutup aurat’,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement