,
Berita

“Walaupun Dia Muda, Saya Tak Kisah”- Mya Ruslee Belajar Vokal Dengan Ernie Zakri

Mya Amri
02/11/2018
08:01 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Mya Ruslee akui tidak kisah mengambil kelas vokal dengan penyanyi Ernie Zakri.
Menurut Mya, dia bukanlah seorang yang sempurna dan masih lagi memerlukan bimbingan untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Saya belajar vokal dengan Ernie, walaupun dia lebih muda tapi saya tidak kisah sebab kita belajar dan menuntut ilmu.
“Kelas ini adalah inisiatif saya sendiri sebab saya rasa masih banyak yang perlu saya belajar. Ernie juga banyak memberikan sokongan kepada saya.
“Sebab saya percaya, banyak lagi teknik-teknik yang kita tidak tahu yang boleh belajar dan diperbaiki apabila memasuki kelas vokal.
“Pada saya tidak ada istilah dah berusia atau terlambat untuk belajar. Lagipun tak salah untuk terus belajar, sekurang-kurangnya dapat memperbaiki kelemahan dan juga teknik vokal dengan betul,” ujarnya.
Mya telah menyampaikan lagu berjudul Sekadar Di Pinggiran nyanyian asal Francissca Peter dan berada di kedudukan kedua tertinggi dengan jumlah peratusan sebanyak 70.8%.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di Astro Ria ( saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Foto: Instagram @myaruslee / @erniezakri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru