Big Stage 2020
Big Stage 2020: Azzam Sham Terkejut Ungguli Konsert Pertama... "Niat Nak Buktikan Saya Boleh Menyanyi Je"
Bintang Big Stage 2020, Azzam Sham tidak menyangka berjaya mengungguli tempat pertama pada konsert pertama Big Stage 2020.
Kata Azzam, 23, dia hanya meletakkan persembahannya sebagai satu tanggungjawab untuk menyampaikan lagu terbabit sebaik mungkin.
"Sejujurnya saya terkejut dan tak menjangka akan mendapat markah tinggi daripada juri-juri.
"Tujuan saya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik, itu sahaja dan tak berharap markah tinggi.
"Malah itu tanggungjawab saya untuk tunjukkan saya boleh menyanyi.
"Semua pun tahu saya seorang yang kurang keyakinan diri dan pada malam itu saya hanya nak menyanyi dan niat untuk menyampaikan lagu itu kepada orang ramai," katanya kepada Gempak.
Azzam memperoleh kutipan markah 81.60 peratus meninggalkan 11 bintang lain pada konsert pertama Ahad lalu.
Pada konsert pertama Big Stage 2020, Azzam menyanyikan lagu Salam Sejahtera (Samudera).
Sementara itu, untuk tugasan minggu kedua bertemakan Hype Beat, Azzam akan menyanyikan lagu Sinar (Megat Rahim).
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Must-Watch Video