Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Nak Buat Boyband Macam Westlife” - Ajai Pasang Impian Untuk Lima Finalis Lelaki Big Stage 2020

Azwa Rahman
06/10/2020 06:32 MYT
Juri tetap Big Stage 2020 (BS202) yang juga seorang produser muzik Ajai memasang impian untuk menggunakan finalis lelaki BS2020 Azzam Sham, Usop, Qody Rany, Dinie Rashid dan Fadh Majid bagi membentuk sebuah kumpulan muzik.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 44, selaku produser muzik yang telah banyak menaikkan nama penyanyi terkenal dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti, kumpulan muzik ini boleh digelarkan sebagai satu projek istimewa BS2020.

“Bila saya nampak persembahan mereka, kalau boleh saya nak buat satu band. Ini umpama seperti satu projek istimewa.



“Bukanlah band macam BTS tu tapi bayangkan kalau mereka semua ni macam Westlife atau Backstreet Boys.

“Sebab mereka semua boleh menyanyi, semua ada tone karekter masing-masing. Bila projek istimewa ni menjadi, barulah mereka semua boleh mulakan kerjaya solo. Itulah serba sedikit aim saya,” kata Ajai kepada Gempak.

Ajai ditemui semasa sidang media konsert akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Bagi Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, idea yang dikemukakan oleh Ajai untuk membentuk sebuah kumpulan muzik itu sangat menarik.

“Perancangan karier mereka hampir sama macam Big Stage terdahulu di mana kita ada banyak platform untuk mengetengahkan bakat mereka.

“Tapi idea Ajai tu sangat menarik dan nanti kita boleh berbincang lagi pasal tu.

“Nanti kami akan berjumpa dengan setiap seorang finalis untuk mengetahui hala tuju masing-masing dalam industri hiburan,” ujar Emma lagi.

Konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara.

BACA: Big Stage 2020: Azzam Sham Juara Big Stage 2020!

Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.


#Ajai #Boyband #Big Stage 2020