Big Stage 2020
"Saya Beri 2/100 Dari Sudut Kematangan" - Khir Rahman Komen Markah Ajai, Anggap Gila Viral
Pelakon Khir Rahman menyifatkan tindakan penyanyi dan komposer Ajai memberikan markah 2 peratus kepada bintang Big Stage 2020 adalah kurang matang.
Jelas Khir, secara peribadinya, markah 2 peratus itu wajar diberikan kepada Ajai daripada sudut kematangan manusiawi.
"Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi.
"60/100 daripada sudut gila viral," tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.
Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.Sy tonton ulang siar #BigStage2020 .. secara peribadi sy berikan 2/100 markah utk Ajai dari sudut kematangan manusiawi .. 60/100 dari sudut gila viral— KEI RAMOSS (@KhirRahman) August 22, 2020
Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.
Tindakan Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.
BACA: “Sepatutnya Saya Nak Beri Dia Kosong” - Adili Nyanyian Dengan Betul, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen
Jangan lupa saksikan 12 bintang Big Stage 2020 beraksi di konsert minggu kedua pada Ahad ini.
Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.
Must-Watch Video