Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: Hoondoo Dapat Markah Tertinggi 81%, Farhan Shah Terselamat Dari Penyingkiran! Ini Markah Penuh Konsert Minggu Pertama

gempak
Amri Hassan
07/05/2023
16:43 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: Hoondoo Dapat Markah Tertinggi 81%, Farhan Shah Terselamat Dari Penyingkiran! Ini Markah Penuh Konsert Minggu Pertama
Bintang duo Korea Selatan, Hoondoo mendapat markah tertinggi pada minggu pertama konsert Big Stage 5 sebanyak 81% mengatasi 12 peserta lain.
Hoondoo turut memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional. Pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000.
Manakala kumpulan COEX berada di kedudukan kedua dengan markah sebanyak 78.67% diikuti bintang dari Indonesia, Waode dengan markah 76.67%.
Bintang dari Singapura, Farhan Shah dengan markah terendah 37% menghela nafas lega apabila berjaya diselamatkan daripada minggu tiada penyingkiran.
Bertemakan Manifesto, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional.
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live