Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Playlist Lagu Konsert Semi Final #BIGSTAGE5! Berduet, BBNU Pun Nak Pilih Juga

Amri Hassan
26/06/2023 13:00 MYT
Konsert suku akhir menyaksikan Big Stage belum bersedia untuk menyingkirkan kelapan-lapan peserta untuk meneruskan langkah ke pusingan separuh akhir minggu hadapan.

Lapan bintang akan bertanding lagi dua minggu untuk menentukan gelaran juara Big Stage 5 milik siapa.

Pada minggu kesembilan, peserta diberikan tugasan lagu berduet dengan artis pilihan menerusi tema 'BBNU Pun Nak Pilih Juga'.

Jom semak senarai lagu yang bakal dinyanyikan bintang Big Stage 5 pada konsert separuh akhir Ahad ini.

1. Firdaus Rahmat duet Ismail Izzani
- Stay (The Kid LAROI & Justin Bieber)


2. Waode duet Liza Hanim
- Sepi (Aina Abdul)


3. Dem Lepak Boyz duet Ayie Floor88
- C.H.R.I.S.Y.E (Diskoria, Laleilmanino, Eva Celia)


4. Aufahanie duet Naqiu
- Berakhirlah Pencarianku (Ernie Zakri & Hafiz Suip)


5. Putera Muhammad duet Ara Johari
- Kisah Ku Inginkan (Judika & Siti Nurhaliza)


6. Puteri Khareeza duet Sophia Liana
- Bangun (Aman Ra)


7. Hoondoo duet Marsha Milan
- When We Were Young (Adele)


8. Nadeera Zaini duet Khai Bahar
- Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri)


Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

#Lagu #Separuh Akhir #BBNU #Duet #Big Stage 2023 #Playlist