,
Big Stage 2023

"Saya Dah Biasa Tengok Dia Menari, Bukan Sesuatu Janggal" - Adik Aufahanie Rupanya Yang Viral Menari Sakan, Akui Memang 'Hyperaktif'

Amri Hassan
11/07/2023
01:50 MYT
Penyanyi Aufahanie tidak mengetahui kisah viral membabitkan adik perempuannya yang menari ketika pra-konsert semi final Big Stage 5 minggu lalu sehinggalah dimaklumkan kenalannya.
Jelas Aufahanie, 20, dia tidak terkejut dengan berita berkenaan memandangkan sudah azalinya kenal dengan sikap adik perempuannya itu yang gemar menari.
"Untuk semua yang tak tahu, sebenarnya adik saya merupakan lulusan dari Sekolah Seni Kuala Lumpur dan dia memang menari di sekolah. Untuk Big Stage pun jadi back up dancer juga. Itu jiwa dia. Berbeza dengan saya jiwa saya menyanyi, dan tak pandai sangat menari.
"Apabila dia menari, dia tak bertudung tapi di luar dia berhijab.
"Saya tak marah dia menari sebab dia sangat berbakat, malah lazimnya kami tujuh beradik terpegun setiap kali dia menari," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, adik perempuannya itu akan berada bersama kelab peminatnya sekiranya tidak terlibat dengan persembahan tarian di Big Stage.
"Sebenarnya setiap minggu dia akan menari di atas dalam kalangan kelab peminat. Mungkin pada malam itu, jiwa dia berkobar-kobarlah bila keluar lagu kegemarannya, itu yang menari sampailah viral.
"Jujurnya saya tak perasan apa yang berlaku, sampailah kawan saya yang hantarkan. Adik pun tak cakap apa, mungkin dia tak sedar kot.
"Lepas dah viral, saya cakap dia 'lagi beberapa hari hilanglah tu', sebab saya pun pernah berada dalam situasi sedemikian. Saya sendiri pernah dikecam sebelum ini," tambahnya.
Akui personaliti adik perempuannya seorang yang periang, menari bukan hal yang janggal bagi mereka sekeluarga.
"Saya dah biasa tengok dia menari, itu bukan sesuatu janggal bagi kami sekeluarga.
"Di luar pun dia hyperaktif, nak suruh dia berhenti menari pun saya terpaksa cakap berhenti," katanya.
Terdahulu, aksi tarian seorang remaja wanita berhijab di konsert Big Stage 5 mendapat teguran warganet, menyifatkan ia bukan perilaku yang manis dipandang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.