,
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: Fieya & Kucaimars Gagal Ke Final..Ini Kedudukan Peserta & Markah Keseluruhan Konsert Separuh Akhir!

Zulaikha Yusof
29/09/2019
18:59 MYT
Konsert ketujuh program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Seramai tujuh peserta telah berentap untuk menempatkan diri mereka ke pentas akhir minggu hadapan
Namun di akhir konsert, Fieya Julia dan Kucaimars telah diumumkan tersingkir untuk minggu ketujuh.
Hanya lima peserta iaitu Han Byul, Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang bakal mara ke Konsert Akhir Big Stage 2019 minggu hadapan.
Finalis itu bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu Single Baharu dan Cover Final.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:
Neeta Manisha - Potret 77.67%
"Awak salah seorang peserta yang konsisten dari minggu pertama hingga sekarang. Persembahan malam ini awak dah berjaya buktikannya. Saya suka dengan nyanyian dan susunan lagu awak pada malam ini. Bukan senang untuk nyanyikan lagu kumpulan berseorangan. Saya harap awak mampu ke peringkat seterusnya," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Han-Byul - Boy With Luv 74.33%
"Saya cemburu dengan awak. Awak boleh menyanyi dan menari dalam satu masa. Awak seorang bintang yang sudah bersedia memasuki industri nyanyian ini," - Judika
Dinda Permata - Secangkir Madu Merah 72.17%
"Malam ini berbeza dengan minggu lepas, tidak ada kesalahan yang awak lakukan. Kali ini awak sudah melakukan persembahan sangat baik," - Judika
Adzrin - Kisah Cinta Kita 69.33%
"Saya melihat satu persembahan yang 'simple' tetapi menusuk kalbu. Cuma saya ada lihat walaupun tidak ketara, di awal persembahan ada sikit sumbang serta nyanyian awak di penghujung tidak sempurna dilakukan. Menyanyi sambil duduk di kerusi boleh tetapi pernafasan pada nada tinggi akan terganggu," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Kucaimars - Keabadian Cinta 67.33% (Tersingkir)
"Tone suara awak padan dengan lagu ini. Tetapi pernafasan awak nampak makin kurang di penghujung nyanyian. Saya boleh kata persembahan awak okey sahaja," - Judika
Irfan Haris - Bukan Diriku 65.67% (Tersingkir)
"Dari segi penghayatan dan pemilihan lagu sangat bagus. Awak sudah melakukan yang terbaik berbanding persembahan yang pertama tadi. Nampak ketara peningkatan dan pembaharuan awak sepanjang persembahan. Awak nampak 'steady' meneruskan nyanyian walaupun ada sedikit masalah dengan piano," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Fieya Julia - Chandelier 60.17% (Tersingkir)
"Sebagai penyanyi dalam pertandingan, sangat penting untuk menjaga suara. Dari segi nyanyian, saya boleh kata awak berani memilih lagi ini kerana bukan mudah untuk dinyanyikan. Namun, di bahagian korus nampak jelas kekurangan awak di situ. Kesungguhan awak mencabar diri untuk lagu ini saya beri pujian," - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Irfan Haris ft Amira Othman - Keliru
"Pada awal persembahan awak nampak menggigil. Lagu ini tidak menonjolkan persembahan awak, mungkin persembahan kedua akan menyerlah," - Tam Spider
Neeta Manisha ft Hael Husaini - Terlanjur Cinta
"Ini salah satu kegemaran saya duet bersama Datuk Seri Rossa. Sangat sedap nyanyian awak. Selama persembahan awak, malam ini paling terbaik. Duet dan harmoni awak sangat bagus," - Judika
Han-Byul ft Siti Sarah - Dirgahayu
"Awal persembahan sebutan agak kurang jelas. Namun saya bangga awak mampu menyanyikan lagu melayu dengan baik serta penuh penghayatan," - Tam Spider
Dinda Permata ft Idayu - I Will Always Love You
"Secara jujurnya saya lagi suka persembahan awak yang pertama. Persembahan kali ini nampak penyanyi undangan lagi hebat dari awak," - Tam Spider
Adzrin ft Amylea - Eye, Nose, Lips
"Nyanyian pertama awak lagi konsisten. Walau bagaimanapun, persembahan duet ini tidak teruk sangat. Awak hanya perlu beri tumpuan yang lebih," - Judika
Fieya Julia ft Liza Hanim - Cinta
"Sebagai penyanyi awak tidak boleh beritahu kepada umum awak sedang sakit. Persembahan awak kali ini lagi baik cuma kurang pergerakan di atas pentas," - Tam Spider
Kucaimars ft Sam Bunkface - Revolusi
"Persembahan ini lagi baik daripada yang pertama. Nampak bersahaja," - Tam Spider
Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Tam Spider sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kucaimars Jumpa Kembar, Netizen Terhibur - “Mana Satu Kucai Ni?”

gempak
03/02/2024
09:00 MYT
Video penyanyi, KucaiMars berjumpa dengan kembarnya iaitu, Nazrah, seorang gadis yang juga pernah tular di media sosial baru-baru ini menarik perhatian netizen.
Laman Utama

Penggunaan Yang Lancar & Berprestasi Tinggi Dengan vivo Y33T! That’s Y Wajib Milikinya Dengan 5 Alasan Ini

gempak
15/04/2022
03:27 MYT
Wah bestnya vivo Y33T ni!
Laman Utama

Apa Pun Cabaran Yang Datang, Bukan Halangan Untuk Kita Abadikan Kenangan

gempak
07/02/2022
06:45 MYT
Rakam sebanyak mana kenangan sekarang untuk tatapan generasi akan datang...
Laman Utama

Rakam & Simpan Kenangan Terindah Anda, Sertai Kempen vivo 'Memories of Life'

gempak
05/11/2021
10:00 MYT
Rugi lepaskan momen terindah dalam hidup, jadi abadikan bersama vivo!
Laman Utama

“Even Kena Reject Atleast…”- Peminat Luah Perasaan Cinta, Ini Jawapan Kucaimars

gempak
09/07/2021
13:55 MYT
Amboi perempuan sekarang berani ya