,
Big Stage S2 BM

Big Stage 2019: Syada & Chaleeda Tersingkir.. Ini Kedudukan Peserta Beserta Markah Keseluruhan Konsert Minggu Ke-5!

Zulaikha Yusof
15/09/2019
18:20 MYT
Konsert kelima program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019.
Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam.
Pada minggu hadapan, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga 'Battle Round'.
Yusry Abdul Halim diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:
Han-Byul - Yang Sedang Sedang Saja 82.00% "Awak sebenarnya menyanyikan lagu yang sangat susah untuk dinyanyikan. Pembukaan persembahan awak sudah membuatkan bulu roma saya naik. Awak seorang yang sangat rajin melakukan 'homework' sebelum persembahan," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Neeta Manisha - Wo Yao Ni De Ai 81.67% "Saya suka 'tone' suara awak. Awak sangat selesa menyanyikan lagu ini di samping sudah melakukannya dengan cara tersendiri," - Yusry Abdul Halim.
Santesh - Gangnam Style 77.83% "Awak membawakan lagu ini dengan gembira sekali. Persembahan malam ini sangat hebat," - Cakra Khan.
"Persembahan yang bertenaga dari segi pernafasan nyanyian agak konsisten. Namun, saya inginkan sentuhan dan pembaharuan dari awak yang berbeza daripada penyanyi asal," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Saya suka karakter awak. Malam ini ada tiga orang nyanyikan lagu rock, saya boleh rasa 'attitude' awak," - Yusry Abdul Halim
Fieya Julia - Sang Saka Biru 76.00% "Nyanyian awak pada malam ini tidak mencapai kepuasan lagi. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan awak pada malam ini," - Cakra Khan.
"Saya melihat awak sudah melakukan kelainan pada malam ini. Lagu ini tidak sesuai untuk awak nyanyikan tetapi sudah melakukan yang terbaik," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dinda Permata - Dhoom Machale 75.33% "Saya boleh 'brain' malam ini walaupun temanya 'Cannot Brain'. Persembahan malam ini sangat menyeronokkan malah awak kelihatan selesa menyanyikan," - Yusry Abdul Halim.
Kucaimars - Kopi Dangdut 74.33% "Lirik perlu dijaga namun tidak nampak sebenarnya awak ada tersilap. Tarian awak sangat bagus tetapi sebagai penyanyi kena ada semua pakej. Sekarang ini sudah minggu kelima, awak kena berusaha untuk memperbaiki," - Cakra Khan.
Irfan Haris - Kalau Aku Kaya 72.00% "Pada saya, awak ada sedikit masalah vokal terutamanya di bahagian lirik 'Kalau Aku Kaya'. Secara keseluruhan, persembahan awak harus dipuji. Awak ada bakat jadi awak perlu tunjukkan," - Yusry Abdul Halim.
Adzrin - Sedang Ingin Bercinta 71.00% "Satu persembahan yang ada identiti, awak tidak dibayangi langsung dengan penyanyi asal. Awak sudah pandai berkomunikasi dengan kamera dan peminat. Walaubagaimanapun, di pertengahan lagu tadi awak tetiba 'lost'. Kalau boleh, awak kena rancang dari awal supaya dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Namun, ia tidak mencacatkan persembahan malam ini," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Syada Amzah - Sembilu 68.00% (Tersingkir) "Saya tekankan saya mengharapkan persembahan yang lagi hebat. Nyanyian awak baik cuma awak perlu membuatkan penonton ingat akan persembahan awak," - Cakra Khan.
Chaleeda Gilbert - Girlfriend 62.00% (Tersingkir) "Vokal dan persembahan malam ini tidak sesuai dengan awak," - Yusry Abdul Halim.
"Lagu itu terlampau selesa dengan awak. Nampak sangat awak semput di pertengahan persembahan. Saya harap awak tidak mengecewakan peminat yang undi awak," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

gempak
25/08/2024
21:55 MYT
Peserta Bulan Asyraff unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

gempak
21/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

gempak
05/08/2024
05:55 MYT
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.
the-hardest-singing-show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

gempak
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.