“Fieya Julia Telah Menggunakan Sebaiknya Imuniti Yang Diberikan, Cuma...”- Siti Nurhaliza
Zulaikha Yusof
30/09/2019 01:38 MYT
30/09/2019 01:38 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui berpuas hati dengan senarai peserta yang layak memasuki peringkat akhir program Big Stage 2019.
Menurut Siti keputusan malam ini dinilai berdasarkan persembahan dan juga vokal nyanyian.
"Jujur saya katakan, saya memang berpuas hati dengan keputusan peserta yang bakal berentap di pentas akhir Big Stage 2019.
"Keputusan malam ini saya nilai dari sudut persembahan dan juga vokal nyanyian para peserta," katanya kepada Gempak.
Siti ditemu bual selepas tamatnya konsert separuh akhir Big Stage 2019 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada Ahad.
Di Pentas Separuh Akhir malam tadi menyaksikan Fieya Julia dan Kucaimars antara peserta terakhir tersingkir sebelum berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Sementara lima peserta yang berjaya mara ke Pentas Akhir Big Stage 2019 adalah Neeta, Han Byul, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata
Apabila diminta mengulas mengenai penyingkiran Fieya Julia iaitu peserta yang telah diberi imuniti olehnya sebelum ini, Siti tidak kecewa.
"Saya rasa kesempatan yang telah saya berikan kepada Fieya telah digunakan dengan sebaik mungkin.
“Cuma mungkin bukan rezeki dia untuk melangkah hingga ke final,” jawabnya.
Malah, pelantun lagu Anta Permana berharap Fieya dan Kucaimars tidak menganggap penyingkiran ini sebagai satu pengakhiran dalam bidang nyanyian.
"Ini baru separuh akhir belum lagi minggu penentuan. Untuk sampai ke tahap akhir banyak cabaran yang harus ditempuh sama seperti malam ini.
"Perlu diingatkan juga dalam perjalanan sebagai seorang anak seni, kadang-kadang kegagalan bukan bermakna sudah berakhir.
"Masih ada ruang lagi di luar sana. Apa yang penting sekarang Fieya dan Kucaimars sudah sampai di satu peringkat di mana semua peminat sudah menonton persembahan mereka selama beberapa minggu ini.
"Saya rasa peminat sendiri sudah pandai menilai kemampuan penyanyi kesayangan mereka.
"Apabila di luar sana nanti jangan berhenti belajar, teruskan perbaiki kekurangan,” katanya lagi.
Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Tam Spider sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!