Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Goosebumps Everywhere!" - Rakaman Video Adzrin Bersama Marsha Milan Buat Peminat Tak Keruan

Zulaikha Yusof
06/09/2019 03:53 MYT
Pejam celik, pejam celik tinggal dua hari lagi sebelum bermulanya konsert Big Stage 2019 minggu keempat.

Penyanyi Adzrin berkongsi sebuah rakaman video sedang menjalani latihan untuk persembahan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Video latihan Adzrin bersama rakan duetnya, penyanyi Marsha Milan telah mencuri perhatian peminat.

Tak sabar lah nak perform dengn kakak kamekkk nii ❤️?? @marshamilan . Doakan yang terbaik untuk adzrin. Are you guys ready for week 4? ? #bigstage2019 #bigstage #adzrin

A post shared by Adzrin (@adzrinamrddin) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terutamanya dari kalangan wanita tidak terlepas untuk meninggalkan kata-kata semangat.

Dalam pada itu, segelintir pengikut turut tidak sabar menanti persembahan pasangan tersebut pada Ahad ini.


Bertemakan Duominasi, Adzrin dan Marsha bergandingan menyanyikan lagu English yang berjudul Jealous nyanyian asal Labrinth.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika selaku juri tetap bergandingan dengan seorang juri jemputan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.



Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
#Marsha Milan #Marsha Milan #Adzrin #Big Stage 2