Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hampir Tersingkir, Chaleeda Mahu Berikan Persembahan Terbaik Minggu Depan

Azwa Rahman
19/08/2019 10:11 MYT
Penyanyi kelahiran Thailand, Chaleeda Gilbert tidak menyangka penyingkiran minggu pertama program Big Stage 2 hanyalah gimik semata-mata.

Memetik laporan HLive, dia menangis teresak-esak apabila namanya diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir.

“Pada awalnya, saya ingatkan penyingkiran itu betul. Saya sedih sampai menangis kerana terpaksa meninggalkan teman-teman Big Stage 2 yang lain.

“Saya akan memperbaiki mutu nyanyian dan mengambil nasihat para juri untuk berikan persembahan yang terbaik minggu depan,” kata Chaleeda.

Mendapat tugasan menyanyikan lagu Havana nyanyian Camela Cabello untuk konsert minggu kedua, Chaleeda pasti akan menggunakan peluang ini untuk mempamerkan bakatnya.

“I’m gonna make it big. Saya pasti akan pakai kasut sukan nanti!” ujarnya lagi.

Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).





#Thailand #Chaleeda #Big Stage 2