Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Big Stage 2022: Iqbal Akhirnya Tersingkir Dengan Markah 9.2%, Elica Paujin Naik Ke Tangga #1

Izwan Isa
13/02/2022 15:59 MYT
Penyanyi Iqbal Zulkefli menjadi bintang Big Stage 2022 pertama yang tersingkir pada konsert minggu kedua yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

BACA: Big Stage 2022: "Kamu Bukan Dilahirkan Sebagai Penyanyi" - Makin Kejam! Ajai Beri Iqbal 4 Markah Jer?

Iqbal mendapat markah sebanyak 9.2% gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan gagal memuaskan hati juri.

“Awak bukan dilahirkan sebagai penyanyi,” kata Ajai selaku juri tetap.

Elica Paujin pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kedua dengan markah sebanyak 84.6%.

Anugerah BBNU Paling Up pula dimenangi oleh Sofiaa Mariellya.

Berikut merupakan jumlah markah yang diterima oleh setiap peserta:

1. Elica Paujin - 84.6%
2. Sofiaa Marieylla - 75.6%
3. Aisha Retno - 75.2%
4 Tegar Septian - 59.4%
5. Ajoi Zainal - 54.8%
6. Syafiq Abdillah - 52.8%
7. Yazmin Aziz - 53.5%
8. Tuah Azdmi - 51.0%
9. Lia Aziz - 46.8%
10. Megat Rahim - 45%
11. Iqbal Zulkefli - 9.2%

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aina Abdul.

Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

#Penyanyi #Tersingkir #Markah #Big Stage #COVID-19 #Keputusan #Iqbal Zulkefli #Daniel Chuer
;