Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Datuk Siti Ada Sebab Tak Guna Imuniti - “Biarlah Adil Untuk Semua Yang Bekerja Keras”

Mya Amri
14/03/2022 03:54 MYT
Juri tetap Big Stage 2022, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai sebab tersendiri untuk tidak menggunakan imuniti bagi menyelamatkan salah seorang bintang yang berada di kedudukan terendah.

Menurut Datuk Siti, keputusan itu dibuat bagi memberikan keadilan buat semua bintang yang telah berusaha keras untuk memasuki pusingan separuh akhir minggu hadapan.

“Peluang sudah diberi, setiap minggu kita dah bantu, dah beri macam-macam tips dah tegur apa kekurangan mereka.

“Jadi mereka sudah diberi masa selama enam minggu dan kita dah capai pun suku akhir. Saya rasa biarlah adil untuk semua orang yang sudah bekerja keras.

“Saya percaya semua sudah buat yang terbaik sebenarnya tapi untuk pergi ke separuh akhir itu memang ada certain level yang dah kita tetapkan.

“Jadi sebab itulah saya rasa saya tidak perlu gunakan. Minggu hadapan separuh akhir dan kemudiannya terus ke final,” katanya dalam sidang media Konsert Suku Akhir Big Stage 2022 yang berlangsung pada Ahad.

BACA: Big Stage 2022: Tiada Rezeki, Dua Sekaligus! Syafiq Abdilah & Megat Rahim Tersingkir

BACA: “Ini Yang Korang Nantikan, Jadi Saya Dah Tersingkir Dah…” - Megat Rahim Tak Ambil Hati Jadi Target Netizen

Konsert suku akhir ini juga menyaksikanDanial Chuer memenangi Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up kategori Showmanship Paling Wow dan menerima hadiah berupa Wonderlab pelan langganan Wonderdewi Flexi Good Plan (1 tahun), Wonderlab Bel-Aek Siri dan Cuckoo P10 periuk serbaguna bernilai RM2,588.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.

Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula diisi oleh pengarah, Michael Ang dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida minggu ini.

Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000dan RM25,000 beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari.

Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Enam bintang yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018).

Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

#Datuk Siti #Datuk Seri siti Nurhaliza #Big Stage #Tok Ti #Big Stage 2022 #Imuniti