Big Stage S4
Digelar Mangsa Fesyen, Syafiq Abdilah Tak Marah Pun - “It’s Okay, Fesyen Pelik Buat Mereka Ingat Saya”
Penyanyi dan bekas bintang Big Stage 2022, Syafiq Abdilah tidak cepat melatah apabila dilabel sebagai mangsa fesyen.
Tidak hanya netizen, pengarah dan juga juri pedas minggu lalu iaitu Michael Ang juga turut mengakui perkara tersebut.
Syafiq bagaimanapun menjelaskan dia tidak ambil hati dengan kritikan itu tetapi menerimanya dengan positif.
“Saya rasa semua orang berhak menyuarakan pendapat mereka jadi agak menarik untuk melihat apa yang dia fikirkan tentang penampilan saya.
“Tapi saya rasa memang sepanjang berada di Big Stage memang macam ada yang off sikit, namun tak mengapa.
“Saya rasa team wardrobe sudah menjalankan tugas dengan baik untuk membuatkan saya kelihatan bagus atas pentas.
“Awal-awal memang ada terasa dengan komen tetapi saya fikir ini adalah pertandingan nyanyian, apa-apa yang berlaku pun saya hanya mahu berikan yang terbaik.
“Berkenaan dengan pakaian pula, fesyen pelik saya ini akan buat orang ingat saya juga jadi tak mengapa… It’s okay,” katanya kepada Gempak.
Selain Syafiq, seorang lagi bintang yang tersingkir di konsert suku akhir Big Stage adalah Megat Rahim.
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula diisi oleh pengarah, Michael Ang dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida minggu ini.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari.
Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Enam bintang yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018).
Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Must-Watch Video