Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Elica Paujin Juara Big Stage 2022! Tewaskan Danial Chuer & ....

Izwan Isa
27/03/2022 16:13 MYT
Penyanyi Elica Paujin dinobatkan sebagai juara Big Stage 2022 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula diisi oleh Danial Chuer manakala tempat ketiga pula milik Aisha Retno.

Yazmin Aziz dan Tegar Septian pula masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.

“Syukur kepada Tuhan dengan rezeki… thank so much kepada juri kerana beri banyak ilmu kepada saya sepanjang saya di Big Stage 2022,” kata Elica.

Pada konsert akhir yang berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam, Elica membawakan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan Believer (duet bersama Hael Husaini).

Danial Chuer yang bergelar naib juara membawa pulang wang tunai RM50,000 dan Aisha Retno menerima hadiah RM25,000 beserta trofi.

Sementara itu, Yazmin Aziz dan Tegar Septian yang mengisi tempat keempat serta kelima membawa pulang wang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai mengisi kerusi juri tetap manakala Datuk Seri Vida pula sebagai Presiden Netizen.

Juri Juara pada minggu ini adalah Aliff Aziz sementara tugas Juri Pedas diberi kepada Elly Mazlein. Aina Abdul pula diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai juri jemputan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Elica Paujin #Big Stage 2022 #Danial Chuer