,
Chacha

Chacha Maembong Mula Beraksi Depan Kamera Pada Usia 2 tahun

Ahmad Shah
21/12/2015
08:59 MYT
Tidak ramai yang tahu aktres Chacha Maembong mula beraksi di hadapan kamera sejak berusia 2 tahun lagi.
Penglibatan Chacha tau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, ketika itu adalah sebagai pelakon atau model kanak-kanak untuk beberapa iklan di kaca televisyen.
Kini pada usia 19 tahun, Chacha mengikut jejak kakaknya Emma sebagai pelakon.
Apa yang mendorong anak bongsu dari 11 adik-beradik ini untuk berkecimpung dalam dunia lakonan?
Adakah kehidupannya sewaktu kanak-kanak sama seperti keluarga lain?
Berikut soal jawab bersama Chacha yang berkongsi serba sedikit tentang latar belakangnya sebelum bergelar anak seni:
1. Bagaimana kehidupan Chacha sewaktu kecil?
Chacha: Saya seorang yang sangat manja dan sentiasa dimanjakan oleh adik beradik lain. Maklumlah anak bongsu. Masa kecil saya memang rapat dengan Emma. Selain bermain bersama, saya dan dia suka memakai baju yang sama. Rambut pun sama panjang. Sampaikan ada orang ingat kami kembar.
2. Difahamkan Chacha dan beberapa adik-beradik lain hanya mendapat bimbingan pembelajaran di rumah. Bagaimana cara belajar di rumah?
Chacha: Sebenarnya kehidupan saya lebih kurang sama sahaja dengan kanak-kanak lain. Cuma bila home schooling ni lebih fokus kerana saya seorang sahaja anak murid kepada seorang cikgu. Jadi perhatian cikgu lebih kepada saya. Tapi saya sekolah di rumah tak lama sebab tu tak sempat nak ambil peperiksaan PMR dan SPM macam orang lain. 3. Sebelum berlakon, apakah pekerjaan pertama Chacha? Chacha: Saya mula ada pendapatan sendiri sejak usia 2 tahun lagi. Ketika itu kakak saya iaitu yang Yaya Maembong bawa saya untuk berlakon beberapa iklan di televisyen. Seingat saya masa tu saya masih pakai lampin lagi. Antara iklan yang saya dah lakukan adalah seperti Dutch Lady, Nescafe dan banyak lagi. 4. Bagaimana Chacha boleh menceburi bidang lakonan? Chacha: Masa kecil, saya selalu ikut Yaya ke lokasi penggambaran. Lepas lihat dia berlakon dan beraksi depan kamera, timbul minat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Sejak 4 tahun yang lalu, saya sudah pun mula serius untuk berlakon. Bermula dengan pelakon tambahan, kini saya telah terima banyak tawaran berlakon. 5. Apa lagi impian yang Chacha hendak capai dalam hidup?
Chacha: Saya suka buat kek. Saya selalu juga buat kek sendiri di rumah. Jadi kalau boleh satu hari nanti, saya impikan untuk miliki sebuah kedai kek dan roti.
Teks Oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Ibu Tak Solat, Percaya Kad Tarot, Anak Takut Ibu Masuk Neraka

gempak
18/07/2020
15:00 MYT
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Kenapa Saya Ada Saudara Yang Suka Pecah Belahkan Famili

gempak
18/07/2020
01:38 MYT
Advertorial

Meriahnya Gathering Keluarga Maembong, Bila Yaya, Chacha, Emma Berpuisi

gempak
31/12/2015
05:01 MYT
Chacha

Chacha Maembong Kongsi Resepi Cupcake Kegemarannya!

gempak
28/12/2015
04:14 MYT
Advertorial

Emma, Yaya Suspen Bila Chacha Maembong Offer Diri Buat Cupcake

gempak
24/12/2015
00:00 MYT
Unitar