,
Covid-19

"Ada Nak Beli Gaun PPE Untuk Pakai Pergi Supermarket" - Dahulukan Frontliner, Jovian Mandagie Tak Kaut Untung

Amri Hassan
12/04/2020
23:26 MYT
Keunikan dan eksklusiviti gaun PPE rekaan Jovian Mandagie menarik minat orang ramai untuk memilikinya.
Malah, gaun PPE Jovian juga setanding rekaan jenama antarabangsa Louis Vuitton yang dikeluarkan seminggu selepas Jovian.
Namun, hal yang perlu diutamakan adalah objektif Jovian untuk mendermakan 10,000 unit gaun PPE kepada frontliner yang berjuang menyelamatkan nyawa.
BACA: “Kita Hasilkan Gaun PPE Warna Putih Sebagai Simbol Kesucian & Ketulusan Hati Para Fronliner!” – Jovian Mandagie
Baru-baru ini, Jovian meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dia cuba meraih keuntungan menerusi jualan gaun PPE yang dihasilkannya sejak minggu lepas.
"Ada dakwaan mengatakan pembantu jualan saya memberikan sebut harga pakaian PPE saya.
"Ya, saya terima tempahan PPE untuk permintaan peribadi juga. Siapa mereka?
"Ahli farmasi, dialisis, doktor peribadi dan ada orang awam yang membeli PPE saya untuk kegunaan harian seperti ke supermarket dan sebagainya," katanya.
Jelas Jovian, pihaknya tidak mengambil untung atas penjualan gaun PPE kepada pihak yang betul-betul memerlukan.
"Secara logiknya, takkanlah saya nak dermakan semua orang satu Malaysia. Saya beli secara terus dari pembekal dan jual kepada mereka dengan harga kos.
"Dengan kata lain saya hanya orang tengah yang cuba membantu membekalkan PPE yang tak ada di Malaysia ni, tak ambil untung pun 1 sen. Niat hanya nak membantu.
"Harga PPE di China sekitar RM38, harga yang saya jual adalah RM40 termasuk caj penghantaran dan pemprosesan.
"Sudah tentu prioriti saya frontliners. Saya tak terdetik pun nak kaut duit daripada derma orang ramai. Tidak!
"Malah, tiada satu pun hospital yang diminta untuk membayar harga PPE saya," jelas Jovian.

There is a message circulating of my Sales assistant’s quoting price of my PPEs. Yes, I ordered PPEs for the sales of private inquiry too. Who are these people? Pharmacist, dialysis practioner, private doctors and even civilians who have made inquiry of buying my PPE for their personal use like going to the supermarket etc. Logically guys, takkan la saya nak donate semua orang satu Malaysia. Saya beli direct dari Supplier dan jual pada mereka dgn harga cost, dgn kata lain saya hanya org tengah yg cuba membantu suply PPE yg tak ada di Malaysia ni, tak ambil untung pun 1 sen. Niat hanya nak membantu. Harga PPE di china is around RM38, harga yg i jual adalah RM40 itu all in dgn delivery charge dan processing fee. Of course frontliners is my priority. Do I intend to make money from donation? Obviously no! Swipe to see all conversations of hospitals as well as private interest that came to us to buy our PPE. None of the hospitals were asked to buy/pay a single cent!

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Ekoran itu, Jovian berhasrat untuk menghentikan tabung derma yang dibukanya untuk orang ramai menyalurkan bantuan kewangan untuk membekalkan gaun PPE kepada frontliner.
"Niat nak tolong tapi kena fitnah pula. Saya akan hentikan projek kutipan derma dan akan memulangkan semua duit yang sudah dikutip.
"Kemudian saya akan menghubungi semua hospital yang sudah saya berjanji untuk menghantarkan gaun PPE untuk pembatalan.
"Tetapi, jika anda mempercayai saya, saya akan pastikan sebanyak 10,000 gaun PPE ini akan dihantar kepada hospital yang memerlukan dalam tempoh 30 hari," tambah Jovian.
Situasi itu mendapat perhatian rakan selebriti termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Umie Aida.
"Teruskan niat murni kerana Allah, jangan mengalah. Stay strong," tulis Siti.
"Dalam hidup ayat yang kita kena pegang ialah sabar maka adikku bersabarlah. Bila kita nak buat baik pasti ada ujian," tulis Umie.
"Teruskan J, niat you baik. Campak tong sampah orang yang fikir macam sampah," tambah Nina Juren.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Berita

'Penembak Tular' Korea Selatan, Kim Ye-ji, Dilamar Peraga Fesyen Louis Vuitton Dalam Majalah W

gempak
03/09/2024
03:55 MYT
Persis supermodel hebat. Itu gambaran penembak wanita Korea Selatan, Kim Ye Ji, yang memperagakan fesyen berprestij Louis Vuitton di Majalah W, baru-baru ini.
Hiburan

Dafi Dedah Punca Tak Ada Dalam Gambar Keluarga, ‘Tutup Mulut’ Mengenai Dakwaan Kakak Bakal Nikah - “Nak Buat Macam Mana, Saya Ada…”

gempak
24/07/2024
01:55 MYT
Ketiadaan penyanyi dan pelakon Dafi dalam foto kakaknya yang juga personaliti Nina Ismail Sabri bersama keluarga mengundang pelbagai reaksi netizen yang ingin tahu keberadaannya.
Viral

Lelaki Kacak Disamping Nina Ismail Sabri Curi Perhatian, Ramai Rakan Ucap Tahniah

gempak
15/07/2024
09:55 MYT
Perkongsian foto personaliti Nina Ismail Sabri dengan seorang lelaki yang dimuat naik di laman Instagram mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan rakannya.
Berita

Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

gempak
11/07/2024
11:44 MYT
Mahkamah Tinggi di sini telah memerintahkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat dalam kes saman membabitkan pinjaman persahabatan.
BorakSeeni