Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

AG Coco Dedah Penghasilan Muzik Lagu Tribute "Sentiasa Di Sini' Ambil Masa Sehari Sahaja, Hebat!

ZULHILMI JALIL
27/04/2020 07:58 MYT
Komposer AG Coco mendedahkan bahawa proses penghasilan muzik bagi lagu tribute Sentiasa Di Sini hanya mengambil masa selama satu hari sahaja.

Begitupun, menurut AG Coco, proses suntingan lagu tersebut memakan masa sedikit lama apabila perlu melalui proses memasukkan vokal daripada 26 orang penyanyi.

"Prosesnya tak lama, kita buat pun di saat-saat akhir. Perancangannya itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, cuma, tiba-tiba terus keluar arahan PKP, itulah cabarannya.

"Penghasilan muzik lagu itu sehari. Dalam sehari kita rekod muzik drum semua tu.

"Cumanya, vokal lambat sebab ramai orang, mula-mula asalnya enam penyanyi sahaja, tapi akhirnya jadi hampir 30 orang," katanya ketika ditemu bual dalam program Gempak TV.

AG Coco merupakan komposer bagi lagu Sentiasa Di Sini yang diterbitkan oleh Astro Gempak.

BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!



BACA: Capai 2 Juta Tontonan Dalam 7 Hari, Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Memang Padu!

Jadi, apa kata jom sama-sama kita layan lagu Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khas buat kita semua rakyat Malaysia yang sentiasa cekal dalam berdepan cabaran melawan penularan wabak Covid-19.



Dalam pada itu, jangan lupa saksikan Gempak TV setiap Rabu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria.

Dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel, Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#AG Coco #Tribute #Sentiasa Di Sini