Covid-19

Bantu Pesakit COVID-19, Sultan Johor Kurnia 42 Mesin Ventilator!

gempak
Hanafis Haris
13/04/2020
09:36 MYT
Sponsor Banner
Bantu Pesakit COVID-19, Sultan Johor Kurnia 42 Mesin Ventilator!
Menyedari penggunaan ventilator amat diperlukan ketika krisis COVID-19, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 42 buah mesin berkenaan bagi kegunaan hospital di negeri Johor.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi baginda, baru-baru ini.
Menerusi posting berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan mesin tersebut kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.
Sultan Johor bertitah, sumbangan berkenaan disampaikan baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
“Bantuan ventilator yang kita sampaikan ini juga adalah sumbangan daripada dermawan dan juga rakan saya lain.
“Ini adalah kerjasama di antara saya, rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan dalam merawat pesakit COVID-19,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah, ventilator itu diagihkan kepada hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.
“Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih lagi ketika musim penularan wabak COVID-19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.
“Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital,” titah baginda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live