Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ben Amir Lega Negatif Covid-19 Selepas 2 Kali Buat Ujian

Amri Hassan
18/04/2020 00:45 MYT
Pelakon Ben Amir memaklumkan kepada peminatnya dia kini disahkan negatif virus Covid-19.

Memanjatkan rasa syukur, Ben memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.

"Negatif! Terima kasih Tuhan," tulis Ben yang menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua pada hari sama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, Ben yang pulang dari Scotland pada 27 Mac lalu menjalani ujian tersebut kali pertama pada minggu lepas dan disahkan negatif.

BACA: "Semoga Dijauhi Daripada Wabak Ini" - Jalani Ujian COVID-19 Kali Kedua, Netizen Doakan Ben Amir Supaya Peroleh Keputusan…

Ben berangkat ke Scotland pada awal Mac lalu untuk menjalani penggambaran drama Demi arahan Rahila Ali.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pengarah drama itu yang dijangkiti virus Covid-19.

Turut positif Covid-19, pelakon gandingan Ben, Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru produksi.

Turut serta dalam penggambaran drama itu, Hasnul Rahmat yang disahkan negatif virus terbabit.

Drama Demi adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Ben Amir #COVID-19 #Scotland