Covid-19
"Biar Nampak Brutal Nak Mati Ke Nak Smart?" - Wak Doyok Tak Setuju Benarkan Kedai Gunting Rambut Beroperasi
Pengacara televisyen, Wak Doyok menyuarakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk membenarkan pengusaha kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Wak Doyok yang juga merupakan pengusaha kedai barber berkata, dia bimbang keadaan itu akan merisikokan pelanggan dan tukang gunting rambut itu sendiri dengan penularan wabak Covid-19.
"Saya sarankan kerajaan jangan bagilah buka kedai barber. Ini boleh membawa jangkitan Covid-19 yang tidak terkawal dan orang pun nanti mengambil peluang hendak keluar potong rambut.
"Dekat USA dah ada barber yang mati kena Covid-19," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Menurutnya lagi, buat masa sekarang, penampilan bukanlah menjadi keutamaan, sebaliknya jaminan kesihatan dan nyawa yang perlu difikirkan.
"Bagi saya baik on-call barber sahaja ke rumah atau pun tak payah gunting rambut buat sementara waktu ini biar nampak brutal nak mati ke nak smart? Itu pilihan anda," katanya.
Sebelum ini, rapper Joe Flizzow yang juga merupakan pengusaha kedai gunting rambut membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatannya seketika biarpun dibenarkan kerajaan.
Terdahulu, kerajaan membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya projek pembinaan, industri automotif dan industri terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut.
Kebenaran tersebut terpakai asas semasa pelaksanaan fasa ketiga PKP yang kini dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video