Gegar Vaganza 11
GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”
Vokalis Lovehunters, Yazid akui dia sangat gembira apabila menerima peluang untuk menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV).
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
“Sebenarnya saya dah lama menantikan peluang ini. Jadi ini pertama kali saya dapat peluang ini saya sangat gembira.
“Saya rasa ini peluang yang baik untuk orang mengenali saya sebab selama ini orang hanya tahu lagu saya sahaja,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Terbuka Hati Selepas Buat Persembahan Bersama Noryn Aziz, Liza Aziz Akhirnya ‘Say Yes’ Untuk Bertanding - “Saya Rasa Ia Masa Yang Sesuai”
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."
ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”
Pada masa sama, pelantun lagu Sambutlah Kasih juga menyatakan sudah bersedia untuk menerima komen-komen daripada juri profesional.
Baginya setiap komen yang diberikan adalah satu ilmu untuk memperbaiki dirinya bagi menjadi seorang penyanyi yang baik.
“Bagi saya kalau nak cakap pasal juri, saya rasa mereka ada orang yang profesional. Apa yang mereka cakap adalah untuk kebaikan semua penyanyi termasuk saya.
“Jadi saya akan terima sahaja komen-komen yang diberikan kepada saya. Kalau untuk netizen pula bagi saya mereka ada hak masing-masing untuk bercakap. Saya sebagai seorang penyanyi harus menjaga diri dan berikan yang terbaik sahaja kepada mereka,” ujar Yazid.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video