Covid-19
“Biar Tak Dapat Beraya Daripada Hilang Mak Ayah Selamanya” – Fitri Haris Ambil Iktibar Kisah Tular
Penyanyi nasyid, Fitri Haris mengambil iktibar kisah tular seorang individu yang kehilangan isteri akibat COVID-19.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Fitri berharap kisah menyentuh hati itu dapat memberikan keinsafan buat semua untuk tidak ingkar dan terus mematuhi SOP.
“Masih lagi nak balik kampung, nak bahayakan mak ayah… Biarkan kita sedih tak dapat beraya daripada kita sedih kehilangan mak ayah buat selama-lamanya.
“COVID-19 benda yang kita tak Nampak, kalua nampak senang nak pijal seko, tumbuk laju-laju. Jangan berhenti berdoa semoga COVID ini lenyap buat selama-lamanya,” tulisnya.
Walaupun hantaran itu dikongsi baru-baru ini, namun posting itu masih mendapat perhatian pengikutnya yang rata bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Fitri itu.
Terdahulu, tular rakaman suara menyayat hati menerusi aplikasi WhatApps yang menangis sebaik sahaja mendengar berita kematian isterinya akibat COVID-19.
Paling memilukan lagi apabila kedengaran tangisan suara anak-anaknya yang masih kecil juga sedang menangis apabila mengetahui perkara berkenaan.
Must-Watch Video