,
Covid-19

Catat Angka Sifar Covid, Pesakit Terakhir Di Wuhan Dah Keluar Hospital

Mya Amri
28/04/2020
08:25 MYT
Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China di mana punca pandemik itu terjadi mencatat angka sifar selepas pesakit terakhir dibenarkan pulang, lapor Awani
Menurut agensi berita Xinhua, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan menurun di bawah angka 50 untuk pertama kalinya di Hubei, iaitu wilayah yang paling teruk dilanda pandemik itu.
Tidak ada kes baharu dilaporkan selama lebih 20 hari di wilayah berkenaan.
COVID-19 yang dipercayai berasal dari pasar basah di Wuhan pertama kali muncul pada bulan Disember tahun lepas sebelum tersebar ke seluruh dunia. Wuhan, sebuah bandar yang mempunyai 11 juta penduduk ditutup pada akhir Januari.
Sekatan yang melarang orang meninggalkan kawasan itu secara rasmi dibuka awal bulan ini untuk perayaan, walaupun penduduk masih diuji untuk sebarang jangkitan COVID-19.
China telah menyaksikan jumlah kematian akibat koronavirus lebih daripada 4,600 orang dengan 3869 di Wuhan dan sedikit kes baharu kini. Ia juga mengesahkan 83,911 kes secara keseluruhan dan sekitar 46,000 kes di Hubei.
Bagaimanapun, pihak berkuasa di beberapa bahagian di negara itu harus mengadakan kembali kuarantin ketat kepada mereka yang kembali dari luar negeri dalam usaha untuk mencegah lonjakan pesakit baharu.
Sumbet: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.