Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: 2,078 Kes Baharu, Sarawak Masih Tertinggi Dan Ini Pecahan Kes Mengikut Negeri

Awani
19/04/2021 11:00 MYT
Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes.

"Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153)," katanya menerusi kemas kini di media sosial beliau.

Berikut antara pecahan kes baharu mengikut negeri:

Sarawak - 589 (24,529)

Selangor - 457 (124,046)

Kelantan - 290 (8,738)

WP KL - 153 (40,245)

Sabah - 125 (56,910)

Johor - 115 (43,431)

P Pinang - 91 (18,375)

N Sembilan - 91 (18,006)

Kedah - 48 (9,129)

Perak - 43 (14,104)

Pahang - 32 (4,727)

Melaka - 27 (6,929)

Terengganu - 8 (3,903)

WP Labuan - 6 (2,433)

WP Putrajaya - 2 (1,277)

Perlis - 1 (350)
#Sarawak #COVID-19