Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: Catat Rekod Baharu Kes Tertinggi Dengan 21,668 Kes, Ada Yang Cadang Malaysia Darurat

Awani
12/08/2021 08:21 MYT
Kes harian COVID-19 mencatatkan kenaikan apabila merekodkan 21,668 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1.34 juta jangkitan di Malaysia.

Beliau memaklumkan tujuh negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kedah Sabah dan Sarawak melepasi empat angka dengan Selangor kekal menyumbang angka tertinggi dengan 6,278.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Sementara Kuala Lumpur merekodkan 2,436 kes, Johor (1,706), Sabah (2,052), Sarawak (1,216), Kedah (2,143) dan Pulau Pinang (1,229)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, media sosial sudah mula sudah dibanjiri dengan komen-komen yang meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes saban hari. Ada dalam kalangan netizen berpendapat negara sudah boleh melaksanakan langkah darurat bagi mengekang jangkitan kes yang semakin tidak dapat dibendung ini.



#Malaysia #COVID-19 #Stay Safe #Kes Cecah Lebih 21k