Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: Kelantan Paling Tinggi, Netizen Komen - “Dop Rayo Doh Tahun Ni Napok Gayo”

Mya Amri
22/04/2021 10:46 MYT
Kelantan mencatatkan kes COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 662 kes hari ini.

Pecahan kes itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi.

Selain Kelantan, jumlah kes di Selangor juga mencecah sebanyak 633 kes, diikuti dengan Sarawak 474 kes dan Kuala Lumpur, 332 kes.
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 22 April 2021.

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 22 April 2021

Sementara itu, menerusi ruangan komen di hantaran berkenaan juga dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang terkejut melihat peningkatan kes mendadak di Kelantan.






Jumlah kes hari ini adalah sebanyak 2,875 menjadikan kes kumulatif setakat ini adalah 384,688

Sebanyak 2,541 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 361,267 kes.

Tujuh kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,407 kes, manakala 248 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 menerima bantuan alat pernafasan.
#Kelantan #COVID-19 #Kes Harian #Kelantan Paling Tinggi