Covid-19

COVID-19: Sukar Bernafas, Aishwarya & Anak Masuk Hospital

gempak
Fiza Kamarudin
19/07/2020
03:01 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Sukar Bernafas, Aishwarya & Anak Masuk Hospital
Selepas seminggu disahkan positif Covid-19 bintang Bollywood, Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya dimasukkan ke hospital.
Menurut laporan Hindutan Times dua beranak itu dilaporkan memerlukan bantuan perubatan selepas sukar bernafas. Bagaimanapun menurut sumber, Aishwarya dan Aaradhya berada dalam keadaan baik.
Sebelum ini Abhishek Bachchan menerusi Twitter mengesahkan isteri dan anaknya, positif Covid-19.
Abhishek dan bapanya, Amitabh Bachchan juga disahkan positif virus dan sebelum ini dimasukkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, ketika itu, Aishwarya Rai dan Aaradhya hanya menjalani pengasingan sendiri di kediaman mereka.
Pada masa sama ibu, Abhishek Jaya Bachchan disahkan negatif Covid-19.
Artikel berkaitan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live