Covid-19
FOTO: Abang-Abang Rider Patuh Arahan Jalani Ujian Saringan COVID -19, Cayalah Bro!
Pekerja penghantar makanan yang berkhidmat dengan syarikat e-hailing atau dilakukan secara individu sudah mula menjalani saringan COVID-19 baru-baru ini.
Perkara itu dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Selain menjalani proses saringan, mereka juga diminta untuk menjalankan proses sanitasi pada kotak penghantaran setiap hari mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdahulu, semua pekerja penghantar makanan perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik abang riders jalani ujian saringan.
FOTO: Azrul Rafie
Must-Watch Video