,
Covid-19

Gara-Gara Kluster Sivagangga, 4 Mukim Di Kedah Dikenakan PKPD, Ribuan Penduduk Akan Di ‘Swab Test’!

Fiza Kamarudin
03/08/2020
14:32 MYT
Gara-gara kluster Sivagangga, empat mukim di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dengan semua masjid dan rumah ibadat ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.
Selain itu, kira-kira 7,000 penduduk kawasan berkenaan akan disaring selepas penularan kluster Sivagangga.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, solat jemaah pula hanya dibenar dihadiri tiga individu sahaja.
"Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada kluster Sivagangga di Kedah membabitkan empat mukim, kerajaan negeri memohon untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran dalam radius satu kilometer dari Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh di mukim Hosba, Kubang Pasu.
"Selain itu, ia juga membabitkan Kampung Pida Satu, Megat Dewa di mukim Ah; Kampung Bendang Dalam (mukim Binjal) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap)," katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Covid-19, hari ini.
Katanya, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk melaksanakan PKPD itu bermula hari ini sehingga 30 Ogos.
"Pelaksanaannya akan mengguna pakai SOP (prosedur operasi standard) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama sekitar.
"Petugas KKM akan membuat ujian saringan 'swab test' ke atas kira-kira 7,000 penduduk di kawasan yang terbabit," katanya.
Ismail Sabri berharap apa yang berlaku di Kedah tidak akan berlaku di kawasan lain, terutama jika semua pihak bertanggungjawab dalam pematuhan SOP dikeluarkan KKM.
"Kebebasan bergerak kita mungkin boleh disekat apabila kes meningkat dengan mendadak dan perkara sama boleh berlaku di tempat lain," katanya.
Sumber/Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.
Laman Utama

“Semoga Anwar Ibrahim Pandang Kesengsaraan Rakyat Yang Menjadi Mangsa Ujikaji Vaksin” - Rita Rudaini

gempak
05/01/2023
06:00 MYT
Semoga yang terbaik untuk Malaysia
Laman Utama

Novelis Popular Siti Rosmizah Positif COVID-19, Kini Kritikal Di ICU

gempak
01/01/2023
07:00 MYT
Semoga diberikan kesembuhan