Covid-19
Jadi Kegilaan Sepanjang PKP, K-Drama Best Ni Akan Buat Anda Terus Melekat Di Rumah
Masa yang banyak di rumah bersempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ramai individu mencuba pelbagai perkara baru.
Ada yang mula mencuba belajar memasak, ada pula yang mula berjinak-jinak menghias serta menyusun atur kembali perabot di rumah.
Namun, tidak kurang juga ada yang melekat di kaca televiysen atau telefon pintar masing-masing untuk menyaksikan drama kegemaran mereka.
Antara naskhah yang menjadi pilihan ramai sepanjang PKP ini adalah drama Korea (K-Drama) yang menyajikan pelbagai cerita.
Mengapa K-Drama? Sebabnya mudah sahaja.
Jalan cerita yang menarik dan tidak mudah dijangka membuatkan orang ramai melekat dengan K-Drama.
Ia juga sarat dengan emosi serta datang dalam pelbagai genre serta jalan cerita yang membuatkan orang ramai tidak mudah bosan.
Selain itu, barisan pelakon yang kacak dan cantik menjadi pengikat untuk orang lain terus menonton K-Drama.
Bukan sahaja mempunyai rupa, mereka juga pandai membawakan karakter masing-masing dan menghidupkan jalan cerita sesebuah naskhah.
Untuk anda yang mahu berjinak-jinak menonton K-Drama, Gempak senaraikan karya yang perlu anda tonton sepanjang PKP ini:
NOBODY KNOWS, ONE HD (Astro saluran 393), setiap Selasa dan Rabu, 8:15 malam
Dilakonkan oleh Kim Seo-hyung, Ryu Deok-hwan, Park Hoon dan Ahn Ji-ho, drama bersiri ini berkisar mengenai seorang detektif yang cuba merungkai misteri kematian rakannya yang dibunuh 19 tahun lalu.
MEMORIST, TVN (Astro saluran 395), setiap Khamis dan Jumaat, 8.15 malam
Kisah ini bercerita mengenai kebolehan seorang jejaka yang dapat membaca memori seseorang. Kelebihan itu digunakannya untuk bekerja sebagai seorang detektif. Drama bersiri ini dilakonkan oleh Yoo Seung-Ho dan Lee Se-Young.
FIND ME IN YOUR MEMORY, Oh!K (Astro saluran 394), setiap Khamis dan Jumaat, 7.50 malam
Dilakonkan oleh Kim Dong-wook dan Moon Ga-young, karya ini bercerita mengenai kisah cinta seorang lelaki yang mengingati setiap saat yang berlaku dalam kehidupannya dan seorang wanita yang telah lupa dengan kisah silamnya.
WELCOME, KBS WORLD (Astro saluran 391 SD) & (Astro saluran 392 HD), setiap Khamis, 9.10 malam
Dibintangi oleh Kim Myung-soo, Shin Ye-eun, Seo Ji-hoon, Yoon Ye-joo dan Kang Hoon, Welcome berkisar mengenai seorang wanita, Sol-ah membawa pulang seekor kucing ke rumah. Tanpa disedari, haiwan itu bertukar menjadi manusia!
365 REPEAT THE YEAR, Oh!K (Astro saluran 394), setiap Selasa dan Rabu, 7.50 malam
Berkisar mengenai 10 orang individu yang diberikan kesempatan untuk kembali ke masa lampau, drama bersiri ini dilakonkan oleh Lee Jun-hyuk, Nam Ji-hyun, Kim Ji-soo, Yang Dong-geun dan ramai lagi.
ABOUT TIME, tvN (Astro saluran 395), setiap Selasa dan Rabu, 9.45 malam
Dibintangi oleh Lee Sang-yoon dan Lee Sung-kyung, ia berkisar mengenai seorang aktres muzikal yang mempunyai kelebihan untuk mengetahui jangka hayat kehidupan seorang individu. Akhirnya, dia bertemu seorang jejaka yang menghapuskan kelebihannya itu!
ONCE AGAIN, KBS WORLD (Astro saluran 391 SD) & (Astro saluran 392 HD), setiap Sabtu dan Ahad, 8.00 malam
Drama lakonan mantap Chun Ho Jin, Cha Hwa Yun, Lee Min Jung dan ramai lagi ini mengisahkan mengenai empat adik beradik yang sering bertukar pendapat mengenai kehidupan, terutamanya soal perkahwinan.
Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton K-Drama menarik ini di Astro dan On Demand (kecuali drama bersiri Once Again, hanya bersiaran di KBS WORLD saluran Astro 391 SD dan 392 HD sahaja).
Semuanya juga boleh ditonton di Astro Go! Jangan lupa muat turun aplikasi Astro Go di telefon pintar anda menerusi Apple App Store dan Google Play Store!
Must-Watch Video