Covid-19
“Lipat-Lipat Bandana Terus Jadi…”- Adam Corrie Tunjuk Cara Buat Mask Sendiri
Pelakon Adam Corrie menjukkan cara-cara membuat topeng muka sendiri hanya dengan menggunakan sapu tangan atau bandana.
Menurut Adam, topeng muka itu boleh dipakai sementara ketika kehabisan topeng muka yang sedia ada.
“Lipat-lipat sapu tangan atau Bandana terus jadi topeng muka dalam beberapa saat je siap.
“Nak lebih bagus, masukkan tiga helai tisu dalam sapu tangan dan selepas diguna cuci seperti biasa.
“Bila dah habis topeng muka, boleh la pakai sementara ada yang baru,” tulisnya.
Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video menunjukkan cara-cara membuat topeng muka tersebut.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja melihat tutorial tersebut.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video