Covid-19
"Masih Okay Cuma Ada Sedikit Jangkitan Virus Kat Paru-Paru .." - Puteri Aishah
Aktres Puteri Aishah berkongsi keadaan terkini dirinya selepas disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Menurut Puteri, kesihatannya masih stabil namun sedikit bahagian paru-parunya telah dijangkiti virus.
"Assalamualaikum semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan Puteri.
"Alhamdulillah sekarang ini Puteri masih okay cuma ada sedikit jangkitan virus kat paru-paru.
"Semua doktor dan jururawat kat sini sangat baik dan membantu. Terima kasih banyak kepada mereka semua. Semua yang terjadi ada hikmahnya," tulisnya di Instagram Stories hari ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta turut berpesan kepada semua orang untuk menuruti perintah kerajaan yang telah dikeluarkan.
"Puteri harap korang semua ikut perintah kerajaan untuk #StayAtHome dan practice good hygiene.
"Tolong jangan ambil mudah perkara ini. Doakan Puteri dan pesakit lain cepat sembuh. Mari kita lawan bersama. Terima kasih. Love, Puteri Aishah," tulisnya lagi.
Terdahulu, Puteri menjadi artis kedua disahkan positif Covid-19. Difahamkan Puteri baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.
Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video