,
Covid-19

Maszlee Malik Sebak Lihat Simpang Renggam, Harap Penduduk Tenang Dan Ikuti Arahan Pihak Berkuasa

Mya Amri
27/03/2020
13:03 MYT
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik tidak dapat menahan sebak apabila 61 penduduk di dua kawasan di situ disahkan positif COVID-19, lapor Awani.
Dalam temu bual di Astro AWANI melalui Skype pada Jumaat, Maszlee menyatakan kesedihan mengenangkan nasib rakyat di kawasannya yang terpaksa berdepan dugaan mencabar.
"Bersamalah kita berdiri sebagai satu keluarga besar Simpang Renggam untuk menghadapi ujian getir ini.
"Kepada rakyat Malaysia secara amnya, bersama kita doakan dan berikan semangat kepada kedua-dua kampung ini, pray for Simpang Renggam," kata beliau dalam keadaan sebak.
Susulan kes jangkitan COVID-19 di dua kawasan melibatkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerak Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Mac hingga 9 April depan. Ketika ini, jelas beliau, tiada siapa individu dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan berkenaan melainkan pihak berkuasa.
Maszlee turut meminta penduduk supaya bertenang dan perlu mengikuti arahan pihak berkuasa serta kekal berada di rumah sepanjang perintah berkenaan.
"Diharap anda dapat mematuhi arahan yang telah diberikan. Janganlah langgar perintah untuk bebaikan bersama."
"Kepada rakyat Simpang Renggam, beri kerjasama dengan pihak berkuasa," kata Dr Mazlee.
Pihaknya juga akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan usaha PKPD dapat berjalan lancar. Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang dengan 83 kes, 61 daripadanya dari dua kawasan terjejas.
Perintah PKPD itu membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.
Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.