Covid-19
Melebihi Kes H1N1, Wabak COVID 19 Dikatakan 10 Kali Ganda Lebih...
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini menyifatkan wabak COVID-19 adalah 10 kali lebih bahaya berbanding wabak selesema babi atau H1N1.
Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, wabak H1N1 telah meragut 18,449 nyawa dengan menyaksikan lebih 1.6 juta kes dicatatkan.
Jumlah itu diambil antara Januari 2009 hingga Ogos 2020.
"Jumlah kematian akibat Covid-19 sudah melebihi angka yang dicatatkan akibat H1N1 dengan anggaran sepuluh kali ganda lebih tinggi.
"Kami hanya boleh katakan apa yang kami tahu, dan bertindak berdasarkan maklumat itu," katanya.
Jelasnya, kenyataan dikeluarkan itu adalah berdasarkan bukti daripada beberapa negara.
"Ia memberi gambaran jelas mengenai virus ini, bagaimana ia bertindak, cara menghentikannya dan bagaimana untuk merawatnya.
“Ia merebak pantas namun, berkurangan agak perlahan. Maka, kawalan pergerakan juga perlu ditarik perlahan-lahan,” katanya.
Sumber: The Independent, Harian Metro
Must-Watch Video