,
Covid-19

“Meludah Boleh Sebarkan Virus” – Kad Kuning Kepada Pemain Meludah Atas Padang!

Fiza Kamarudin
29/04/2020
04:09 MYT
Jawatankuasa Perubatan FIFA memberi amaran akan melayangkan kad kuning kepada pemain bola sepak yang meludah di atas padang.
Ini kerana, perbuatan tersebut berpotensi menyebarkan pandemik COVID-19.
Sehubungan itu Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D'Hooghe menegaskan ia perlu dihentikan.
"Ia adalah perbuatan yang biasa dilakukan di dalam bola sepak dan tidak bagus," katanya.
"Jadi apabila bola sepak bersambung semula, saya rasa kami perlu mengelak perbuatan meludah itu daripada berlaku. "Persoalannya adalah sama ada tindakan boleh dilakukan. Mungkin pengadil boleh memberikan hukuman kad kuning.
"Tindakan meludah boleh menyebarkan virus. Inilah sebabnya mengapa kami perlu berhati-hati sebelum memulakan semula aksi bola sepak," katanya.
Beberapa perubahan kecemasan juga bakal dilaksanakan sebagai usaha membendung penularan pandemik itu.
Antaranya larangan mengadakan hubungan seks sekiranya pemain ataupun pasangan mereka menunjukkan simptom coronavirus seperti yang ditetapkan kepada pemain Bundesliga.
Mereka juga perlu tiba di pusat latihan menaiki bas yang berbeza selain perlu menggunakan siku untuk menekan butang lif. Perubahan 'sementara' juga membabitkan pertukaran pemain daripada tiga kepada lima pemain bagi mengelak pemain keletihan dan kecederaan selepas bakal berdepan jadual yang begitu padat.
Selain itu, bola dan padang akan disanitasi serta pemain juga tidak digalakkan untuk bersentuhan dalam situasi sepakan sudut.
Latihan juga perlu dilangsungkan dalam skala kecil dan hanya lima pemain dalam satu kumpulan.
Perancangan untuk aksi berlangsung di venue neutral turut dicadangkan di mana sebelum ini laporan menyatakan berkemungkinan empat perlawanan dalam sehari akan berlangsung di Stadium Wembley.
Sumber: Harian Metro, BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Badminton, Terjun Digugurkan Pada Sukan Komanwel 2026

gempak
22/10/2024
18:55 MYT
Badminton yang merupakan antara penyumbang pingat untuk negara di Sukan Komanwel telah digugurkan daripada temasya tersebut yang akan diadakan di Glasgow, Scotland pada 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Badan Sherry Alhadad Patah Riuk, Aisha Retno Main-Main Belajar Gimnastik Berirama?

gempak
17/10/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin Cipta Magis, Juara Terbuka Artik

gempak
13/10/2024
22:45 MYT
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen, di Vantaa pada Ahad.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Kena Grip Kepala Dengan Elizabeth Tan Dalam MMA

gempak
10/10/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
BorakSeeni